Thursday 18 December 2014

PUISI: PENDAM BY GADIS PASHMINA

Assalamualaikum,

hai sahabat, reader, pakcik, makcik, mak nenek, teruna, dan anak dara sekalian.. rasa kekok, bengkok dan semua ada bila dah lama tak buat entri.. tiba-tiba terasa rindu sesangat kat blog kesayangan nie.. dan.. aku tergerak hati pulak nak menulis menaip puisi yang aku sempat tulis malam tadi.. kadang-kadang, bila kita teremosi dengan sesuatu benda, secara automatik perkataan yang canggih pun kita boleh tulis.. then, lepas mood kita dah rasa baik gegiler punya, barulah kita baca balik benda yang kita tulis tu dan berkata, "siryes seyh, tak pernah terlintas aku boleh jadi philosopher yang berjaya gini.." gitu ceritanya..syok sendiri bukan? lantak pi...

tapi, kalau nak ikutkan, puisi nie ikut emosi, bukan berpandukan buku sastera dan seumpamanya.. so, disini, aku dapat simpulkan tentang bintang yang aku dapat untuk puisi ini mungkin..... mungkin....hmmm.. ah, pedulikan bintang itu... the important thing is, I feel greater than what I felt yesterday...heaven rasanya..

and..... nah, aku punya puisi..


KU JUGA PERLU LEMBARAN PUTIH
UNTUK CORETKAN 1001 KALIMAH JIWA
KU BISA JADI GILA...
JIKA PENDAMNYA TERLALU LAMA
DI GEDUNG HATI INI
NOSTALGIA PERASAAN KUSIMPAN RAPI
TIDAK TERKIRA BILANGANNYA
SEHINGGA TEPU MENJADI SATU
SATU BENDA YANG LAKSANA MATA PENITI TAJAMNYA
TIKAMAN DITUSUK SATU PERSATU
SEPERTI TIADA BELAS
DAN BELASNYA SEPERTI TIADA
TIADANYA IA WALAU DIPINTA


merepek bukan.. yang merepek tulah yang aku kategorikan sebagai puisi.. sekian.. 




thank you for your reading... ^^

Sunday 2 March 2014

Segmen "Rezeki Siapa?" -by Suana-

Assalamualaikum,




haihai sahabat.. nie, aku ada benda nak kongsi kat korang semua.. walaupun aku seorang blogger yang baru yang tak berapa nak tegar dan SSGB ( Syok Sendiri Gila Berokmakye), pipi aku jadi kaler pink tetiba sebab kak suana tersangatlah baik hati uolls sebab sudi jemput ambe masuk segmen dia.. ngehehe

by the way, ini adalah segmen yang pertama kali GP sertai..

segmen yang sangat simple.. and, and, like it lah.. thumbs up for her..



klik sini untuk join dan syarat-syarat segmen

tag my friends: suffi and farahouri
shared on facebook: click here

tarikh tutup pada 13 Mac 2014..kejap lagi je tu.. ate, moh ler kita join laju-laju.. 
hadiah menarik menanti anda..

selamat berjaya!!... 




thank you for your reading.. ^^

Mock Meeting

Assalamualaikum,




Dah lama rasanya tak online blog nie.. Dah bersawang pulak rasanya.. Silap haribulan, bangkai tikus pun boleh jumpa.. Ciss, ini tak boleh jadi.. Penangan mengantok punya pasal, ayat pun serupa orang lepas dari Tanjung Manggis ( sekati haku je, nak bubuh hape..lantak pi, aku bosan dengar Tanjung Rambutan je..)

teringinlah pulak nak flashback balik time aku mock meeting dulu..

pe bende MOCK MEETING tu, kak GP oii??..
Ok, cani citer dia.. mock meeting tu, adalah sebuah mesyuarat yang dipantau oleh pensyarah dan dilakukan pada setiap kumpulan pelajar atas tujuan melatih diri kita sebelum melangkah alam pekerjaan nanti..

hadek-hadek... jangan kau tanya pulak meeting or mesyuarat tu abende.. hakak tau dari dulu pun, sebab selalu tengok slot samarinda kat tibi tiga tu..ala, yang ada bos kat syarikat tu kata kat pekerja dia, macam nie, "zati, aturkan meeting pada hari blablabla...." lebih kurang macam tulah..

hokeh..




one of the preparation for meeting

elok je kau bersimpuhkan GP.. poyossudahhh.. 

dalam meeting tu, aku jadi pengurus kewangan.. tapi, disebabkan nak menolong kawanku yang tersayang, aku tolong lakarkan sekali gambar stadium tu.. almaklumlah, dulu nak jadi arkitek, tapi tak kesampaianlah pulak.. alang-alang dah jadi cani, why not aku berangan kejap..



              nilah benda yang aku sketch tu.. ambe mintak maap.. lakaran amatur yang biasa-biasa saje..


so, macam nilah.. oleh kerana kami nie jenis student yang menggeletor bila for the first time nye mengadakan meeting yang formal, so nak hambek gambar time tu pon jadi terketor-ketor je kepala lutut nie rasa.. so again, we just hambek gambar time dah abes meeting tu.. nampak tak kemalasan berganda dia, nak menaip lebih-lebih??




with yana yang open-minded.. like your way.. by the way, curik position minnis'a kejap.. ngehngehngeh



farah was standing besides me.. she has a position as a secretary sementara minah yang ingin menggelar dirinya hakak GP, masih tenggelam dalam angannya.. wakakak



hoyehhh, hoyehh.. nie baru beno GP oii.. hang tu bahagian financial.. haishh, melepaslah aku nak buat muka serius sikit.. bole lah tu.. owh, almost forgot.. besides me is nia, a purple girl..heeheehee


 and, this is my team for mock meeting task..

our company's name:  BUILT UP SDN. BHD.

dari kiri : farah(secretary), wana(facility), nia(supplier), amar(the CEO), minnis'a(architect), dekna(human resources), and me(financial)

akhirnya, all of us did a good job and let's give a big hand for the teamwork given in making the meeting success.. alhamdulillah, pensyarah berpuas hati dengan mock meeting kami..

simpulan bahasa omputeh = give a big hand = memuji dengan memberi tepukan (tepuk tangan)

ehem-ehem,.. terima kasih kepada keyboard kerana setia menemani sepanjang menaip blog ini, juga kepada gugel krom kerana memberi aku laluan untuk membuka blog aku, dan pada internet serta mata yang kuyu kerana tak jemu-jemu menahan rasa ngantok sepanjang aku taip entri nie..(akibat ke'mengantok'kan yang maksimum..)

mata sudah ngantok,
bantal mintak ditepuk,
tidur yokk,
bangun awal pagi esok,.. assalamualaikum..zzzzzz..




thank you for your reading.. ^^

Sunday 16 February 2014

Maulidurrasul..

Assalamualaikum,




Hai, (sambil lambai tangan..)

Aku nak cerita pasal perarakan sempena maulidurrasul yang berlangsung pada 6 Februari 2014 haritu.. Oleh kerana jadual belajar aku padat sangat mengalahkan CEO syarikat mega mana entah, tu yang tak menyempat nak ng-update blog tersayanglah sangat nie.. hehehe

aku tak tau nak membebel apa lagi.. so, moh ler kita teruskan dengan melihat gambar di bawah yeee..



from left : me, nur qaseh and zu..



serba merah kau, kalah mak jah dengan jiran2 dia skali.. hahaha


'aduh, sakit mataku..' and 'dilarang berpolitik disini..' itulah ayat yang dilemparkan oleh team lain towards team aku.. jeles lettuww.. i'm booing you right here.. kahkahkah(sambil ketawa jahat..)

Whatever it is, I'm glad and thankful cuz everything went smoothly.. sepanjang perarakan, selawat dialunkan dengan penuh syahdu, sampai satu tahap, dengan lagu-lagu nasyid masuk skali..pon boleh kan..


kalau korang perati betul2, beliau berbaju pink, berspectacles hitam, and comey2 tu.. that was my mentor for mentor-mentee program.. hokehh, tak kira student laki nor perempuan, semuanya sporting abess..


our sepanduk


ini adalah, papan tanda.. kot...entahlah..

kiterang combine class.. course diploma in business studies from class 2A,B and C.. memang meriah gegiler aku cakap sama kamuworang..


pemalu sebenonye si GP nie.. -_-'


Hokehh, 'selfish' with housemates after balik berarak.. sorokkan rasa penat, when we wanna capture our moment..

introducing the lecturer of mine when i was in sem 1 :


tanjat tak? tanjat tak? do we look like a twins?? please give your opinion.. my pleasure, if you have one..

bukan apa, bila aku menapak ke bahagian HEA, orang dok sohsehsohseh yang aku nie adik beliau.. muka kami nak dekat sama, tapi lain ibu dan lain ayah..

Allah menciptakan hambaNya, mungkin ada yang sama sejibik dan mungkin ada yang sama tetapi tidak serupa.. yang pasti, kehebatan dan kekuasaanNya itu tiada taranya.. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa..Wallahua'lam..




Thank you for your reading..^^

Sebuah Perniagaan Cek Kak GP..

Assalamualaikum,




sejak dua tiga bulan nie, tangan aku kerap gatal.. bukan kerana nak duit, nak menggatal, kurap, kudis, atau seumpamanya.. tetapi kerana keinginan nak membuat kuih.. dan kerana hal itu, tercetuslah satu lagi keinginan, iaitu nak berniaga.. kehkehkeh

amek feel jap dengan angin yang menyapa ganas langsir rumahku ala-ala rambut iklan syampu yang sebentar lagi akan bertukar seperti rambut mak limah.. kuat nau angin kat sini ek??

esah : weh, weh, weh.. kau dah fikir masak2 ke??.. dah nekad betul nak meniaga??
aku : ya...

dua minit kemudian..

esah : GP... oh, GP... kau memang betul ke dengan keputusan kau nie?? yakin dan pasti??..
aku : yee sayang... serius.. -_- ( dalam hati : kau tanya lagi, siap kau esah..)

tiba-tiba..........dia nak tanya lagi !!!!!

aku : kau nak tanya apa??
(sambil regang-regangkan tangan and buat muka macam jahat-jahat sikit, bersiap sedia nak geletek si esah nie kalau soalan yang dituju tu, sama macam soalan tadi..huahuahua)
esah : ermmmm.. takde papelahh..
(beliau pun berundur pergi ala-ala versi kucing mengalah)

tau takut...ngehngehngeh..

 okey, berbalik kepada cerita nak buat kuih tadi, kengkadang tangan aku nie ada mood dia sendiri.. macam ben 10 lagaknya boleh tukar nak jadi apa yang dia nak..hempphh, apa pun tak boleh..

nak bukti?? meh sini..



apenie?? apenie?? batu mana yang kau kutip nie GP?? bertuah kau..

tadaa.. nie lah kuih batu sungai.. (pandainya aku mereka nama..) 
tidak sesuai untuk mereka yang tiada gigi dan tidak digalakkan juga buat acara baling-membaling.. harap maklum..

apakah persepsi pertama korang bila melihat benda nie?? oh tidakk.. tak dapat ku bayangkan.. aku dah kata, tangan aku nie ikut mood.. acani lah jadinya kalau dia tengah bad mood sokmo.. 

weight : enset 90an (is equal to) = kuih diatas

tapikan, tapikan.. kengkadang mood dia tiptop.. then, terhasillah kuih seperti ini...



kuih karipap dan kuih??... entahlah.. bubuhlah ikut sekati korang..



hokehh, nie senanye kek batik.. ngade sangat nak letak topping ceklet..



this is what we call donat coklat bulat comey.. 

hahaha.. mengada seyh letak nama bukan-bukan.. kesemua jenih kuih diatas, adalah kuih yang aku pernah jual kat area rumah aku.. tak tau lah pulak apa komen orang yang makan kuih aku tu.. kang, kalau aku buat peti cadangan dan aduan pasal kuih aku nie kat side rumah aku kang, kemain over pulakk kan.. 




kalau korang nak tau, nie lah rutin aku setiap minggu..  jual dari rumah ke rumah.. ikutkan hati yang tak berapa nakal nie, nak jugak guna speaker, jual kuih ala-ala orang cina jual tilam depan rumah.. kalau rasa kartun tu terlebih jari, maaplah ye..cek kak GP sorang nih, bukan gheti nau nak kasi lukis perfect 10 macam kartun ana muslim tu..
ooppssi... lupa.. ekceli, rumah aku nie, rumah jenis apartmen for student.. so, korang boleh assume room tu, as a house yahh..

InsyaAllah, aku akan berusaha dalam memperbaiki setiap perkara yang aku lakukan... aaminnn...




Thank you for your reading..^^

Friday 7 February 2014

Kenapa Kita Suka Seseorang ??

Assalamualaikum,




Why and why kita boleh suka seseorang?? persoalan tu buat kita selalu tertanya-tanya.. mungkin satu malam, mungkin dua malam atau mungkin bermalam terus kita dok fikir, apa pasal lah seseorang tu boleh menyibuk dalam ruangan fikiran kita.

otak : hoi perasaan suka, nyah kau dari kotak fikiran aku.. kau buat aku jadi petakkk je, tau tak??
hati : hotak hang.. tak buleh pikiaq ka perasaan tak buleh di paksa.. hang ingat perasaan tu nyamuk ka hapa, yang buleh di shuhshuh?? huihh..




based on my experience before, the conversation should be like this...

Situasi 1

budak A : awat hang buleh suka si mat tempe tu?? mai habaq mai, apa yang dia ada??
budak B : entah.. aku sendiri tak tau kenapa aku boleh tersuka kat dia..
budak A : biaq betoi??*%$#@^*

or, maybe like this...

Situasi 2

budak A : cerciter dekat aku, kenapa kau suka mat taugeh tu??
budak B : sebab,.. dia berbudi bahasa, baik hati, sopan santun and.... and.... aku pun suka makan taugeh, macam dia... citarasa kami memang sama.. :3 (erhh...)
budak A : owhhh...(totally annoying) %@#$@*^%^*


so, korang yang mana??

abaikan pasal annoying or something yang korang tak suka.. ini hanya sama ada kita suka seseorang itu dengan sebab yang jelas seperti di situasi 2, atau tanpa sebab musabab seperti di situasi 1..
duduknya aku disini, menaip entri, serta percaya bahawasanya ramai di kalangan kita yang sukakan seseorang tanpa sebab yang kukuh atau jelas..apa pulak kata korang?? so, boleh fikir-fikirkanlah ye..hohoho


well, well, wesss..
salah satu perkara yang sering terjadi andai kita sukakan seseorang..


 ketepikan kualiti lukisan yang aku sudah sedia tahu markahnya.. fokus pada apa yang hendak disampaikan.. mengaku jelah ramai yang stalk orang yang dia suka.. kankankan..shameshame pulak..(habis bahasa omputeh, berterabor serupa gigi mak nenek siapa entah..)

wa cakap sama lu, ini betul punya maa..tara tipu punyaa.. haiyaa
mungkin siap ada yang kata lagi dalam hati, " aku suka engko sampai upin ipin besau" atau " aku akan selalu ingat engko sampai ikan emas kuat ingatan"..

whatever it is,
He knows better about our feeling..indeed




Thank you for your reading..^^

Wednesday 5 February 2014

Test 2 dan Procrastination

Assalamualaikum,




Minggu ini, aku bakal turun ke medan pertempuran untuk melawan anasir-anasir buruk yakni penyakit yang boleh membawa kehancuran kepada segenap lapisan masyarakat iaitu penyakit malas.. brrr.. sabau jelah.. aku memang suka merapu sokmo..

kehidupan mana yang tak ada ujian?? hidup nie pun macam astro jugak, macam-macam hade.. macam tu jugaklah aku.. nak kena hadap test 2 nie..

 ikutkan hati, ada baiknya aku menolong puan ibu tanam sayur belakang rumah.. tapi, melihatkan wajah incik ayah apabila mengambil keputusan sebegitu rupa, ibarat mengambil gula batu dan menelannya bulat-bulat dan seterusnya menyebabkan ia tersekat di kerongkong pada skala 6.. garang bak hang wooo.. tak mengapa GP..demi masa depan yang cemerlang, gemilang, terbilang trang tang tang gitu..




                                       nampak tak kerajinannya di situ??
                                  (ke-siryes-an terserlah dengan seri test 2)

lepas tu, akan ada yang tanya, "apa kaitan seyh benda alah test 2 dengan procrastination tu??" -_-'

wokey, wokey, wokey.. actually, aku harap jangan tertipu dengan kerajinan gambar di atas, kerana unta padang pasir lebih dan malah terlebih rajin dari aku..ngehngehngeh

mengapa??
kerana aku adalah salah seorang procrastinator di dunia ini..

adakah procrastination itu sejenis pasu bunga kesayangan mak datin, atau haiwan yang diternak ataupun sejenis kimia untuk membuat roti?
Tidak, procrastination adalah menangguhkan sesuatu kerja atau perbuatan. Wokey..contohnya, budak A ada kerja sekolah untuk dihantar kepada cikgunya pada hari esok, tapi, dia sesedap rasa je main ps2 rather than buat kerja dia yang nak dihantar esok tu..tuuudiaa..punya bertuah perangai si budakk A nie.(engko sama jelah GP..poitt..)

kita sambung cerita test 2 tadi..


                            beberapa minit sebelum 10.30 pagi (test 2 bermula..)

tiktoktiktok.. aku cakap dengan korang, bunyi jam tu buat aku kecut segala isi perut bila test 2 dah nak mula.. haru betul... rasa nak meletop pun hade.. tulah, bila ada masa, kau online wechat lah, pesbuk lah, hapelah.. tahu pulak takut masa nak pes to pes dengan paper test 2 nie..

last-last, inilah jadinya...



abaikan bentuk hidung, telinga dan apape jelah.. aku lukis memang failed!..bukan nak cakap pasal lukisan, tapi ekspresi muka aku mungkin akan seperti ini yang bila dah tension tahap mak limah tak balik-balik rumah dah..yes, test 2 dan procrastination yang tertanam dan tumbuh dalam diri aku punya angkara..

so, adik-adik, akak-akak, habang-habang sekalian.. tolong dan tolong lagi sekali, elakkan dari menjadi salah seorang procrastinator di dunia ini.. tak memasal muka stress..

cikgu : kenapa tak siap kerja sekolah yang saya bagi??
budak A : entah.. saya pun tak tahu..

kalau nak rasa makan pakai kaki, boleh jawab cenggini..
betul ke, betul??




thank you for your reading.. ^^