Sunday 16 February 2014

Sebuah Perniagaan Cek Kak GP..

Assalamualaikum,




sejak dua tiga bulan nie, tangan aku kerap gatal.. bukan kerana nak duit, nak menggatal, kurap, kudis, atau seumpamanya.. tetapi kerana keinginan nak membuat kuih.. dan kerana hal itu, tercetuslah satu lagi keinginan, iaitu nak berniaga.. kehkehkeh

amek feel jap dengan angin yang menyapa ganas langsir rumahku ala-ala rambut iklan syampu yang sebentar lagi akan bertukar seperti rambut mak limah.. kuat nau angin kat sini ek??

esah : weh, weh, weh.. kau dah fikir masak2 ke??.. dah nekad betul nak meniaga??
aku : ya...

dua minit kemudian..

esah : GP... oh, GP... kau memang betul ke dengan keputusan kau nie?? yakin dan pasti??..
aku : yee sayang... serius.. -_- ( dalam hati : kau tanya lagi, siap kau esah..)

tiba-tiba..........dia nak tanya lagi !!!!!

aku : kau nak tanya apa??
(sambil regang-regangkan tangan and buat muka macam jahat-jahat sikit, bersiap sedia nak geletek si esah nie kalau soalan yang dituju tu, sama macam soalan tadi..huahuahua)
esah : ermmmm.. takde papelahh..
(beliau pun berundur pergi ala-ala versi kucing mengalah)

tau takut...ngehngehngeh..

 okey, berbalik kepada cerita nak buat kuih tadi, kengkadang tangan aku nie ada mood dia sendiri.. macam ben 10 lagaknya boleh tukar nak jadi apa yang dia nak..hempphh, apa pun tak boleh..

nak bukti?? meh sini..



apenie?? apenie?? batu mana yang kau kutip nie GP?? bertuah kau..

tadaa.. nie lah kuih batu sungai.. (pandainya aku mereka nama..) 
tidak sesuai untuk mereka yang tiada gigi dan tidak digalakkan juga buat acara baling-membaling.. harap maklum..

apakah persepsi pertama korang bila melihat benda nie?? oh tidakk.. tak dapat ku bayangkan.. aku dah kata, tangan aku nie ikut mood.. acani lah jadinya kalau dia tengah bad mood sokmo.. 

weight : enset 90an (is equal to) = kuih diatas

tapikan, tapikan.. kengkadang mood dia tiptop.. then, terhasillah kuih seperti ini...



kuih karipap dan kuih??... entahlah.. bubuhlah ikut sekati korang..



hokehh, nie senanye kek batik.. ngade sangat nak letak topping ceklet..



this is what we call donat coklat bulat comey.. 

hahaha.. mengada seyh letak nama bukan-bukan.. kesemua jenih kuih diatas, adalah kuih yang aku pernah jual kat area rumah aku.. tak tau lah pulak apa komen orang yang makan kuih aku tu.. kang, kalau aku buat peti cadangan dan aduan pasal kuih aku nie kat side rumah aku kang, kemain over pulakk kan.. 




kalau korang nak tau, nie lah rutin aku setiap minggu..  jual dari rumah ke rumah.. ikutkan hati yang tak berapa nakal nie, nak jugak guna speaker, jual kuih ala-ala orang cina jual tilam depan rumah.. kalau rasa kartun tu terlebih jari, maaplah ye..cek kak GP sorang nih, bukan gheti nau nak kasi lukis perfect 10 macam kartun ana muslim tu..
ooppssi... lupa.. ekceli, rumah aku nie, rumah jenis apartmen for student.. so, korang boleh assume room tu, as a house yahh..

InsyaAllah, aku akan berusaha dalam memperbaiki setiap perkara yang aku lakukan... aaminnn...




Thank you for your reading..^^

No comments:

Post a Comment