Wednesday 5 February 2014

Test 2 dan Procrastination

Assalamualaikum,




Minggu ini, aku bakal turun ke medan pertempuran untuk melawan anasir-anasir buruk yakni penyakit yang boleh membawa kehancuran kepada segenap lapisan masyarakat iaitu penyakit malas.. brrr.. sabau jelah.. aku memang suka merapu sokmo..

kehidupan mana yang tak ada ujian?? hidup nie pun macam astro jugak, macam-macam hade.. macam tu jugaklah aku.. nak kena hadap test 2 nie..

 ikutkan hati, ada baiknya aku menolong puan ibu tanam sayur belakang rumah.. tapi, melihatkan wajah incik ayah apabila mengambil keputusan sebegitu rupa, ibarat mengambil gula batu dan menelannya bulat-bulat dan seterusnya menyebabkan ia tersekat di kerongkong pada skala 6.. garang bak hang wooo.. tak mengapa GP..demi masa depan yang cemerlang, gemilang, terbilang trang tang tang gitu..




                                       nampak tak kerajinannya di situ??
                                  (ke-siryes-an terserlah dengan seri test 2)

lepas tu, akan ada yang tanya, "apa kaitan seyh benda alah test 2 dengan procrastination tu??" -_-'

wokey, wokey, wokey.. actually, aku harap jangan tertipu dengan kerajinan gambar di atas, kerana unta padang pasir lebih dan malah terlebih rajin dari aku..ngehngehngeh

mengapa??
kerana aku adalah salah seorang procrastinator di dunia ini..

adakah procrastination itu sejenis pasu bunga kesayangan mak datin, atau haiwan yang diternak ataupun sejenis kimia untuk membuat roti?
Tidak, procrastination adalah menangguhkan sesuatu kerja atau perbuatan. Wokey..contohnya, budak A ada kerja sekolah untuk dihantar kepada cikgunya pada hari esok, tapi, dia sesedap rasa je main ps2 rather than buat kerja dia yang nak dihantar esok tu..tuuudiaa..punya bertuah perangai si budakk A nie.(engko sama jelah GP..poitt..)

kita sambung cerita test 2 tadi..


                            beberapa minit sebelum 10.30 pagi (test 2 bermula..)

tiktoktiktok.. aku cakap dengan korang, bunyi jam tu buat aku kecut segala isi perut bila test 2 dah nak mula.. haru betul... rasa nak meletop pun hade.. tulah, bila ada masa, kau online wechat lah, pesbuk lah, hapelah.. tahu pulak takut masa nak pes to pes dengan paper test 2 nie..

last-last, inilah jadinya...



abaikan bentuk hidung, telinga dan apape jelah.. aku lukis memang failed!..bukan nak cakap pasal lukisan, tapi ekspresi muka aku mungkin akan seperti ini yang bila dah tension tahap mak limah tak balik-balik rumah dah..yes, test 2 dan procrastination yang tertanam dan tumbuh dalam diri aku punya angkara..

so, adik-adik, akak-akak, habang-habang sekalian.. tolong dan tolong lagi sekali, elakkan dari menjadi salah seorang procrastinator di dunia ini.. tak memasal muka stress..

cikgu : kenapa tak siap kerja sekolah yang saya bagi??
budak A : entah.. saya pun tak tahu..

kalau nak rasa makan pakai kaki, boleh jawab cenggini..
betul ke, betul??




thank you for your reading.. ^^

No comments:

Post a Comment